Tuesday, September 29, 2009

Poskad Rasmi/Official Ke-200


Horey...
hari ini, koleksi Poskad Rasmi/Official yang mencecah 200 keping...

Poskad tersebut saya label dengan nombor siri RO-0200 dikirim oleh Nancy (Florida, USA) Id Card : US-503443.

Sunday, September 27, 2009

Dah lama tak main MY TAG...


























Lama betul tak main TAG nih.... last saya tagging pada 24 Okt 2008 dengan Crizle dari Australia - Your Avatar Tag! dan ni pula kiranya latest tag la...iaitu MY TAG haritu saya tag happyiyi86 pada 17 September... then rupa-rupanya kkkhor lak tag saya dan inilah poskad yang saya terima pada 24 September 2009 - Balik dari raya sakan tengok dalam peti surat ada poskad ni..... any way, thanks kkkhor! so dalam register saya, poskad anda merupakan koleksi poskad tag saya yang ke 447 (No Siri : RT-0447)

Thursday, September 17, 2009

Projek Postcrossing..(2P)

Pada 27 Julai 2009 lalu, satu program dinamakan Projek Postcrossing telah dijalankan di Pusat Akses SMK Sungai Besar, Selangor. Tujuan projek ini adalah untuk memperkenalkan hobi mengumpul poskad kepada para pelajar yang berminat di samping dapat meningkatkan pengetahuan pelajar dan menarik minat pelajar menambah kemahiran bahasa Inggeris.

Program Projek Postcrossing ini dikendalikan oleh Cikgu Hussairy (Whoshy) dengan kerjasama Penyelaras Pusat Sumber Sekolah, Cikgu Mahayani. Turut membantu ialah Cikgu Maria (Aimar) sebagai fasilitator. Bagi kumpulan pertama, seramai 11 orang pelajar telah mengikuti program ini.

Program dimulakan dengan sesi penerangan tentang Postcrossing, diikuti dengan sesi mendaftar User ID dan seterusnya mendapatkan alamat untuk Official Postcard. Daripada maklum balas yang diterima, difahamkan beberapa pelajar yang telah mengikuti prosedur tersebut telah menerima poskad dari postcrosser luar negara.

Perancangan sedang disusun untuk menjalankan Program Projek Postcrossing ini bagi kumpulan kedua pula.


"Jangan lupa tulis no. ID!" Pesan Cikgu Hussairy (whoshy)
sambil memerhatikan pelajar menulis poskad.


Cikgu Maria (Aimar) membantu pelajar mendaftar User ID
di laman web Postcrossing.com

Monday, September 14, 2009

Poskad Kapal Selam KD Tunku Abdul Rahman


Poskad bertarikh 3.9.2009 ini saya terima daripada Charlie Dale, salah seorang ahli Postcrossing di Kota Kinabalu, Sabah. Patutlah sebelum ini Charlie Dale beriya benar minta alamat terkini saya, rupa-rupanya dia nak hantar poskad kapal selam Malaysia pertama yang dinamakan KD Tunku Abdul Rahman. Poskad tersebut selamat saya terima pada 11 September lalu. Jadi, poskad ini tentunya menjadi koleksi yang istimewa kerana ia adalah keluaran khas dan bilangan kad yang terhad.

Maklumat lanjut tentang Kapal Selam KD Tunku Abdul Rahman ini boleh didapati di:
Portal Kementerian Pertahanan Malysia
Wikipedia Bahasa Melayu
Kongsiblog.org
Terima kasih Charlie Dale & Tahniah kepada anda dan isteri di atas kelahiran puteri Syaza Raihana pada 2.33am 14 Sep. 2009.

Tuesday, September 1, 2009

Poskad "Colours of Malaysia" & "Malaysia Truly Asia"


Ini poskad design terbaru yang dikeluarkan oleh Tourism Malaysia bertemakan "Colours of Malaysia". Poskad ini saya dapat di Tourism Malaysia Negeri Sembilan pada 26 Ogos lalu.



Di samping poskad tersebut, juga terdapat 1 set poskad (10 keping) bertemakan "Malaysia Truly Asia". Design poskad tersebut sama seperti keluaran terdahulu (Visit Malaysia). Bezanya, dalam keluaran terbaru ini, tiada "insert picture" dan warna poskad lebih menyerlah.

Jadi... kalau nak poskad tersebut... dapatkannya di pejabat-pejabat Tourism Malaysia berdekatan lokasi anda... atau, kalau nak saya kirim kepada anda, sila U2U/Send Message/Email whoshy@yahoo.com dan anda juga kena kirim satu poskad kepada saya! amacam? ok!