Thursday, September 17, 2009

Projek Postcrossing..(2P)

Pada 27 Julai 2009 lalu, satu program dinamakan Projek Postcrossing telah dijalankan di Pusat Akses SMK Sungai Besar, Selangor. Tujuan projek ini adalah untuk memperkenalkan hobi mengumpul poskad kepada para pelajar yang berminat di samping dapat meningkatkan pengetahuan pelajar dan menarik minat pelajar menambah kemahiran bahasa Inggeris.

Program Projek Postcrossing ini dikendalikan oleh Cikgu Hussairy (Whoshy) dengan kerjasama Penyelaras Pusat Sumber Sekolah, Cikgu Mahayani. Turut membantu ialah Cikgu Maria (Aimar) sebagai fasilitator. Bagi kumpulan pertama, seramai 11 orang pelajar telah mengikuti program ini.

Program dimulakan dengan sesi penerangan tentang Postcrossing, diikuti dengan sesi mendaftar User ID dan seterusnya mendapatkan alamat untuk Official Postcard. Daripada maklum balas yang diterima, difahamkan beberapa pelajar yang telah mengikuti prosedur tersebut telah menerima poskad dari postcrosser luar negara.

Perancangan sedang disusun untuk menjalankan Program Projek Postcrossing ini bagi kumpulan kedua pula.


"Jangan lupa tulis no. ID!" Pesan Cikgu Hussairy (whoshy)
sambil memerhatikan pelajar menulis poskad.


Cikgu Maria (Aimar) membantu pelajar mendaftar User ID
di laman web Postcrossing.com

No comments: