Tuesday, April 24, 2007

Biodata

Nama/Name :
HUSSAIRY.

Alamat Pos/Postal add :
No. 36 Jalan PP 2/3,
Taman Padu Permai,
45300 Sungai Besar,
Selangor,
Malaysia.

Saya dilahirkan di Sekinchan, Selangor pada 3 Feb 1973. Menjadi perintis di Tadika KEMAS pada 1979. SK Sungai Leman, Sekinchan (1980-1985), SM Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan (1986-1990), Pra-universiti di SM Dato’ Harun, Tanjung Karang (1991-1992) dan Bacelor Pendidikan di UPM Serdang, Selangor (1993-1997). Posting pertama di SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang, Sabah mulai 29 Jun 1997 sebelum bertugas di SMK Sungai Besar, Selangor pada 1 Julai 2004 hingga sekarang.

Mendirikan rumahtangga pada tanggal 21 Disember 2001 bersama Azura Jamaluddin di Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka. Kini bahagia dengan tiga orang cahaya mata iaitu Ahmad Hussainy (5 Tahun) dan Atirah (3 Tahun). Alhamdulillah, Azura 9W2VVH, XYL saya selamat melahirkan seorang puteri (harmonic ke-3) pada 26 April 2007 2030Hrs.Semoga Sejahtera dan Bahagia Hendaknya.... Amin

Selain hobi mengumpul poskad... saya juga aktif dalam RADIO AMATUR. Saya menggunakan callsign 9W2VVH. Isteri saya, Azura, juga meminati Radio Amatur ini dengan callsign 9W2VVQ. Laman web Radio Amatur saya di http://www.9w2vvh.blogspot.com/

Hobi Mengumpul Poskad

Hobi memang menyeronokkan dan memberikan kepuasan kepada penggemarnya. Poskad boleh menjadi bahan koleksi hobi yang menarik kerana poskad memaparkan pelbagai tema di samping nota yang ditulis oleh pengirimnya. Tidak ketinggalan setem yang dilekatkan pada poskad tersebut akan menambah nilai poskad tersebut lebih-lebih lagi jika setem sepadan dengan poskad.

Saya menyertai komuniti Postcrossing ini atas nick name whoshy pada 3.2.2007 (tetapi di server postcrossing masih 2.2.2007 kerana waktu saya mendaftar, masa UTC masih belum 12.00 tengah malam) iaitu pada hari ulang tahun kelahiran saya ke 34.

Sebenarnya, minat mengumpul poskad memang sudah lama ada, setakat beli dan kumpul. Sesekali pos kepada diri sendiri. Namun sejak adik saya, lebih dikenali sebagai Charli_Dale memperkenalkan Postcrossing, minat dan hobi mengumpul poskad ini semakin bercambah.

Isteri saya juga mempunyai minat yang sama. Dalam komuniti Postcrossing, beliau menggunakan nick name Kak_Zura. Selain itu, kami berkongsi hobi yang sama iaitu mengumpul setem, kad telefon, syiling dan wang kertas. Bagi aktiviti luar, kami suka berkhemah, berkayak, mendaki gunung dan ‘travelling’ selain daripada radio amatur. Nampaknya setelah menyertai komuniti ini, anak-anak saya, Ahmad Hussainy dan Atirah sudah kenal akan poskad, setem dan pejabat pos!!! Malah anak-anak yang tolong masukkan poskad ke dalam peti surat di pejabat pos. Menarik bukan?!!!

Matlamat Postcrossing

"Membolehkan seseorang menerima poskad secara rawak daripada pelbagai tempat di seluruh dunia".

Melalui POSTCROSSING, hobi ini dapat dijalankan secara sistematik terutama kepada mereka yang baru berjinak-jinak dengan hobi mengumpul poskad. Terdapat dua cara untuk mendapatkan alamat. Pertama secara ‘official’ dan kedua melalui ruangan ‘forum/tag’


MENDAPATKAN ALAMAT ‘OFFICIAL’

1. Mendaftar di http://www.postcrossing.com/ untuk mendapatkan ‘login’
2. Dapatkan alamat pos dan ID Poskad
3. Pos poskad tersebut
4. Tunggu kiriman poskad daripada ‘Postcrosser’ lain kepada anda
5. Daftarkan ID Poskad yang anda terima
6. Ulang langkah 2

Nota:
- Hanya 5 poskad boleh dikirim pada satu-satu masa.
- Setiap poskad yang dikirim perlu ditulis ID Poskad supaya penerima boleh daftar/ ‘check in’ ID Poskad anda apabila diterima nanti.
- Apabila ID Poskad anda telah didaftarkan, anda boleh ulang langkah 2 mengikut jumlah poskad yang telah didaftarkan oleh penerima.
- Jika anda menerima poskad daripada ‘Postcrosser’ lain, anda perlu mendaftarkan ID Poskad tersebut dan hantarkan ‘personal message’ menyatakan poskad telah diterima.


MENDAPATKAN ALAMAT DARIPADA RUANGAN ‘FORUM/TAG’

1. Mendaftar di http://forum.postcrossing.com/ atau klik pada link forum.
2. Klik pada Tags, Trades, Notebooks, Round Robins and Pen-Pals
3. Klik pada Tags - postcards only
4. Pilih tema yang digemari.
5. Baca tag pertama pada muka surat pertama setiap tema yang dipilih untuk mengetahui bagaimana tag itu dijalankan.
7. Selepas itu, pergi tag terakhir pada muka surat terakhir tema tersebut untuk anda membuat tag.
8. U2U pada orang yang anda tag untuk mendapatkan alamat pos.
9. Kirimkan poskad kepada orang yang anda tag.
10. Ulang langkah 4 untuk mendapatkan alamat seterusnya…

Nota:
- Anda boleh mendapatkan seberapa banyak alamat daripada ruangan forum/tag.
- Setiap poskad yang dikirim perlu mengikut tema yang dipilih.
- Tema tag hendaklah ditulis pada poskad supaya penerima tahu di tema mana dia ditag.
- Apabila anda ditag, sila berikan alamat pos kepada postcrosser yang U2U anda.
- Biasanya, penerima akan U2U anda apabila poskad yang dikirim telah diterima.
- Jika anda menerima poskad daripada ‘Postcrosser’ lain, anda perlu U2U pengirim untuk memberitahu poskad sudah diterima.
- Selain poskad, anda juga boleh bertukar koleksi bahan hobi yang lain melalui forum ini.

Statistik

Sehingga 31 Disember 2007, saya telah mengirim sejumlah 440 poskad ke 44 buah negara sama ada Poskad Official atau Poskad Tag. Bagi poskad Official, saya telah terima 56 poskad dari 16 negara dan bagi poskad tag, saya telah terima sebanyak 302 poskad dari 36 negara. Bagi poskad Round-Robin, saya telah menerima 50 keping poskad dari 22 buah negara.












RO-0001 : My 1st Official Card JP-7571 from Hiromi (Japan).












RT-0001 : My 1st Tag Card - Beach Tag from Karin Van Hatem (Holand).


Saya melabelkan poskad yang saya kirim dengan siri P-xxxx. P-0001 adalah poskad pertama yang saya kirim kepada MY-2011 Jonna Salminen (QQueen) - Finland pada 12 Feb 2007.
Poskad yang diterima saya label dengan siri RO-xxxx untuk Poskad Official dan RT-xxxx untuk Poskad Tag. RO-0001 adalah Poskad Official pertama saya terima daripada Hiromi (Japan) ID JP-7571 pada 2 Mac 2007 manakala RT-0001 adalah Poskad Tag pertama yang saya terima daripada Karin Van Hattem (Holand) pada 21 Feb. 2007 dengan ‘Beach Tag’.
Baru-baru ini saya menyertai group Round Robin ( RR). Poskad RR pertama saya berikan siri RR-0001 diterima daripada Huppu68 (Finland) melalui Capital City RR #16.

Berikut adalah statistik poskad yang saya kirim dan terima sehingga :
Statistic for sent and recieved postcard until:
31 Disember 2007

Poskad yang dikirim/Postcard Sent
(Official + Tag + RR + Swap) = 440 Poskad/Postcards
1. MALAYSIA (15)
2. Finland (96)
3. USA (75)
4. Germany (44)
5. Portugal (13)
6. Italy (5)
7. Turkey (4)
8. Bulgaria (1)
9. Slovakia (3)
10. New Zealand (3)
11. Australia (11)
12. Brazil (14)
13. Holand/Netherlands (16)
14. Qatar (1)
15. Hungary (8)
16. Belgium (4)
17. Canada (8)
18. Austria (4)
19. China (3)
20. Switzerland (12)
21. Ukrine (1)
22. Spain/Espana (7)
23. France (7)
24. Russia (12)
25. Norway (2)
26. Croatia (1)
27. Japan (15)
28. Serbia & Montenegro (1)
29. Philipines (3)
30. Denmark (1)
31. Estonia (13)
32. Romania (1)
33. Singapore (1)
34. Slovenia (2)
35. Lithuania (1)
36. Thailand (2)
37. India (3)
38. South Afirica (1)
39. Iran (1)
40. Mauritius (1)
41. Luxemburg (1)
42. Czech Republic (2)
43. Great Britain/UK (2)
44. Greece (1)

Poskad diterima/Recieved Postcards
(Official) = 56 Poskad/Postcards
1. Japan (3)
2. Finland (13)
3. Germany/Deutshland (9)
4. Italy (1)
5. Holand/Netherland (3)
6. New Zealand (2)
7. USA (13)
8. Australia (1)
9. Brazil (1)
10. China (2)
11. Estonia (2)
12. Canada (2)
13. Austria (1)
14. Norway (1)
15. Spain/Espana (1)
16. Belgium (1)


Poskad diterima/Recieved Postcards
(Forum+Tag+Swap) = 302 Poskad/Postcards

1. Holand/Netherland (11)
2. Finland (100)
3. USA (56)
4. MALAYSIA (14)
5. Australia (5)
6. Turkey (3)
7. India (1)
8. Italy (5)
9. Germany/Deutshland (22)
10. Switzerland (6)
11. New Zealand (2)
12. Austria (3)
13. Canada (7)
14. Russia (10)
15. Portugal (6)
16. Slovenia (1)
17. Japan (2)
18.Poland (1)
19. Denmark (2)
20. Croatia (1)
21. France (6)
22. Espana/Spain (6)
23. Norway (2)
24. Estonia/Essti (5)
25. Hungary (1)
26. Ireland (1)
27. Israel (1)
28. Brazil (2)
29. Jamaica (1)
30. Belgium (2)
31. South Africa (1)
32. Indonesia (2)
33. Mauritius (1)
34. Great Britain/UK (3)
35. Czech Republic (1)
36. Singapore (1)


Poskad diterima
/Recieved Postcard
(Round Robin) = 50 Poskad/Postcards
1. Finland (7)
2. Australia (4)
3. Japan (2)
4. Germany (3)
5. Philippines (1)
6. USA (5)
7. Thailand (1)
8. Spain (1)
9. France (3)
10. China (2)
11. Brazil (2)
12. India (2)
13. Estonia (1)
14. Canada (2)
15. Holand/Netherlands (2)
16. Hungary (2)
17. Czech Republic (1)
18. UK (2)
19. Greece (1)
20. Switzerland (1)
21. Russia (3)
22. New Zealand (1)

Antara Koleksi Poskad Menarik dan Unik...

Koleksi Poskad Tahun Melawat Malaysia 2007
- Pos Malaysia (Edisi Terhad)

Visit Malaysia Year 2007 Postcard by Pos Malaysia (4 pcs - Limited Edition)

One Golden Celebration

Multiview 1

Multiview 2

Multiview 3


Poskad Istimewa Tahun Melawat Malaysia 2007
( Bersama 6 gambar 3D + 3D Viewer) - Tourism Malaysia

A Special Visit Malaysia Year 2007 Postcard
(come with 6 3D images + 3D Viewer) by Tourism Malaysia


Front : View of Petronas Twin Tower

Inside : 6 3D images + 3D Viewer



Koleksi Poskad Tahun Melawat Malaysia 2007
- Tourism Malaysia
Complete Set of Visit Malaysia Year 2007
Postcard by Tourism Malaysia ( 10 Pcs)


Malay Traditional House
Traditional Clothing
Malaysian Food
Flora & Fauna
Falling in love
Tea Plantation
Shopping Mall
Underwater view of Sipadan Island
Beaches

Postcrossing di Media Cetak Tempatan

Postcrossing in local publication

Majalah Minguan Wanita - April 2007