Monday, September 14, 2009

Poskad Kapal Selam KD Tunku Abdul Rahman


Poskad bertarikh 3.9.2009 ini saya terima daripada Charlie Dale, salah seorang ahli Postcrossing di Kota Kinabalu, Sabah. Patutlah sebelum ini Charlie Dale beriya benar minta alamat terkini saya, rupa-rupanya dia nak hantar poskad kapal selam Malaysia pertama yang dinamakan KD Tunku Abdul Rahman. Poskad tersebut selamat saya terima pada 11 September lalu. Jadi, poskad ini tentunya menjadi koleksi yang istimewa kerana ia adalah keluaran khas dan bilangan kad yang terhad.

Maklumat lanjut tentang Kapal Selam KD Tunku Abdul Rahman ini boleh didapati di:
Portal Kementerian Pertahanan Malysia
Wikipedia Bahasa Melayu
Kongsiblog.org
Terima kasih Charlie Dale & Tahniah kepada anda dan isteri di atas kelahiran puteri Syaza Raihana pada 2.33am 14 Sep. 2009.

No comments: