Tuesday, April 24, 2007

Matlamat Postcrossing

"Membolehkan seseorang menerima poskad secara rawak daripada pelbagai tempat di seluruh dunia".

Melalui POSTCROSSING, hobi ini dapat dijalankan secara sistematik terutama kepada mereka yang baru berjinak-jinak dengan hobi mengumpul poskad. Terdapat dua cara untuk mendapatkan alamat. Pertama secara ‘official’ dan kedua melalui ruangan ‘forum/tag’


MENDAPATKAN ALAMAT ‘OFFICIAL’

1. Mendaftar di http://www.postcrossing.com/ untuk mendapatkan ‘login’
2. Dapatkan alamat pos dan ID Poskad
3. Pos poskad tersebut
4. Tunggu kiriman poskad daripada ‘Postcrosser’ lain kepada anda
5. Daftarkan ID Poskad yang anda terima
6. Ulang langkah 2

Nota:
- Hanya 5 poskad boleh dikirim pada satu-satu masa.
- Setiap poskad yang dikirim perlu ditulis ID Poskad supaya penerima boleh daftar/ ‘check in’ ID Poskad anda apabila diterima nanti.
- Apabila ID Poskad anda telah didaftarkan, anda boleh ulang langkah 2 mengikut jumlah poskad yang telah didaftarkan oleh penerima.
- Jika anda menerima poskad daripada ‘Postcrosser’ lain, anda perlu mendaftarkan ID Poskad tersebut dan hantarkan ‘personal message’ menyatakan poskad telah diterima.


MENDAPATKAN ALAMAT DARIPADA RUANGAN ‘FORUM/TAG’

1. Mendaftar di http://forum.postcrossing.com/ atau klik pada link forum.
2. Klik pada Tags, Trades, Notebooks, Round Robins and Pen-Pals
3. Klik pada Tags - postcards only
4. Pilih tema yang digemari.
5. Baca tag pertama pada muka surat pertama setiap tema yang dipilih untuk mengetahui bagaimana tag itu dijalankan.
7. Selepas itu, pergi tag terakhir pada muka surat terakhir tema tersebut untuk anda membuat tag.
8. U2U pada orang yang anda tag untuk mendapatkan alamat pos.
9. Kirimkan poskad kepada orang yang anda tag.
10. Ulang langkah 4 untuk mendapatkan alamat seterusnya…

Nota:
- Anda boleh mendapatkan seberapa banyak alamat daripada ruangan forum/tag.
- Setiap poskad yang dikirim perlu mengikut tema yang dipilih.
- Tema tag hendaklah ditulis pada poskad supaya penerima tahu di tema mana dia ditag.
- Apabila anda ditag, sila berikan alamat pos kepada postcrosser yang U2U anda.
- Biasanya, penerima akan U2U anda apabila poskad yang dikirim telah diterima.
- Jika anda menerima poskad daripada ‘Postcrosser’ lain, anda perlu U2U pengirim untuk memberitahu poskad sudah diterima.
- Selain poskad, anda juga boleh bertukar koleksi bahan hobi yang lain melalui forum ini.

No comments: