Tuesday, April 24, 2007

Hobi Mengumpul Poskad

Hobi memang menyeronokkan dan memberikan kepuasan kepada penggemarnya. Poskad boleh menjadi bahan koleksi hobi yang menarik kerana poskad memaparkan pelbagai tema di samping nota yang ditulis oleh pengirimnya. Tidak ketinggalan setem yang dilekatkan pada poskad tersebut akan menambah nilai poskad tersebut lebih-lebih lagi jika setem sepadan dengan poskad.

Saya menyertai komuniti Postcrossing ini atas nick name whoshy pada 3.2.2007 (tetapi di server postcrossing masih 2.2.2007 kerana waktu saya mendaftar, masa UTC masih belum 12.00 tengah malam) iaitu pada hari ulang tahun kelahiran saya ke 34.

Sebenarnya, minat mengumpul poskad memang sudah lama ada, setakat beli dan kumpul. Sesekali pos kepada diri sendiri. Namun sejak adik saya, lebih dikenali sebagai Charli_Dale memperkenalkan Postcrossing, minat dan hobi mengumpul poskad ini semakin bercambah.

Isteri saya juga mempunyai minat yang sama. Dalam komuniti Postcrossing, beliau menggunakan nick name Kak_Zura. Selain itu, kami berkongsi hobi yang sama iaitu mengumpul setem, kad telefon, syiling dan wang kertas. Bagi aktiviti luar, kami suka berkhemah, berkayak, mendaki gunung dan ‘travelling’ selain daripada radio amatur. Nampaknya setelah menyertai komuniti ini, anak-anak saya, Ahmad Hussainy dan Atirah sudah kenal akan poskad, setem dan pejabat pos!!! Malah anak-anak yang tolong masukkan poskad ke dalam peti surat di pejabat pos. Menarik bukan?!!!

No comments: