Thursday, October 22, 2009

Projek Postcrossing (2P) siri 2



Projek Postcrossing (2P) siri 2 kali ini memperkenalkan Postcrossing kepada pelajar Tingkatan 6 Bawah di Pusat Akses PSS pada 15 Oktober 2009.

Seramai 14 orang pelajar terlibat dalam projek kali ini. Setakat sesi tersebut dijalankan, lapan orang pelajar telah berjaya mendaftar. Malah ada pelajar yang telah mendaftar lebih awal dan telah mengikuti prosedur yang sepatutnya seperti menghantar poskad kepada penerimanya. Dmaklumkan ada di kalangan mereka yang telah menerima poskad dari postcrosser dari luar negara.

Tahniah dan teruskan usaha anda untuk mengumpulkan sebanyak mungkin poskad sebagai koleksi peribadi.  Jumpa Lagi :)

Sunday, October 18, 2009

Poskad Untuk Diri Sendiri...


Ini adalah poskad SMK Simpang Beluru, Enggor, Kuala Kangsar. Poskad ini dihantar kepada diri sendiri sebagai tanda kenangan saya sudah sampai di sekolah sempena Program Pelancongan Koperasi Sekolah pada 10 - 11 Oktober lalu. Dalam program tersebut, Koperasi SMK Simpang Beluru sebagai hos dan Koperasi SMK Sungai Besar sebagai tamu.

Antara tempat yang dilawati sepanjang program tersebut seperti Kompleks Sejarah Matang, Kompleks Ngah Ibrahim, Kilang Arang Kayu, Matang Eco Pendidikan, Night Safari Zoo Taiping, Pusat pembuatan labu Sayong, Istana Kenangan, Masjid Ubudiah dan lawatan sekitar bandar Kuala Langsar.



Night Safari di Zoo Taiping


Sekitar Masjid Ubudiah Kuala Kangsar


Sekitar isatana kenangan


Lokasi pemprosesan labu sayong Kuala Kangsar


pose kat tmpt bayar tiket zoo taiping
(cikgu khusairi jr,cikgu hussairi 9w2vvh n 9w2vnd)



Kompleks Sejarah Matang


tempat proses arang kayu

SMK Simpang Beluru Enggong Perak......

Note:
Terima kasih adik Mai yang tolong pos poskad ini dari Kuala Kangsar...
dan Din 9W2VND untuk gambar-gambar sekitar program PKS. 73

Tuesday, October 13, 2009

Wow... Poskad dari Bangkok la...


12 Okt. 2009 - Ingatkan Official Postcard... rupa-rupanya poskad "MY TAG" yang dikirim oleh Yiyi @ happyiyi86 yang mengirimkan poskad tersebut dari Bangkok, Thailand. Katanya dia menghadiri seminar di sana dan singgah di "Elephant Palece". Sempat dia naik gajah dan beli poskad kat situ...

Terima kasih happyiyi86, lain kali tag saya lagi ye.... dan pergi conference kat mana-mana, then kirim poskad. ok! :)

Akhirnya dapat juga poskad "PETANQUE"


Ada rupanya poskad bertemakan PETANQUE ni... lama juga menanti sejak menyertai Postcrossing sejak 2007. Memang dalam profil, saya ada request poskad berkaitan permainan PETANQUE dan akhirnya pada 12 Oktober 2009, saya menerima Official Postcard daripada Gabriela dari Sepanyol (ES-55994). Thank You very Much Gabriela for the PETANQUE Card!