Ini adalah poskad SMK Simpang Beluru, Enggor, Kuala Kangsar. Poskad ini dihantar kepada diri sendiri sebagai tanda kenangan saya sudah sampai di sekolah sempena Program Pelancongan Koperasi Sekolah pada 10 - 11 Oktober lalu. Dalam program tersebut, Koperasi SMK Simpang Beluru sebagai hos dan Koperasi SMK Sungai Besar sebagai tamu.
Antara tempat yang dilawati sepanjang program tersebut seperti Kompleks Sejarah Matang, Kompleks Ngah Ibrahim, Kilang Arang Kayu, Matang Eco Pendidikan, Night Safari Zoo Taiping, Pusat pembuatan labu Sayong, Istana Kenangan, Masjid Ubudiah dan lawatan sekitar bandar Kuala Langsar.




(cikgu khusairi jr,cikgu hussairi 9w2vvh n 9w2vnd)
Kompleks Sejarah Matang


Note:
Terima kasih adik Mai yang tolong pos poskad ini dari Kuala Kangsar...
dan Din 9W2VND untuk gambar-gambar sekitar program PKS. 73
2 comments:
mohon pinjam gambar
Post a Comment