Tuesday, August 4, 2009

Poskad dari Saudara Abdul Aziz



Bertambah lagi koleksi poskad saya... :) TK Abdul Aziz.

Poskad ini diterima pada Isnin 3 Ogos 2009 yang dikirim oleh Abdul Aziz sebagai balasan kepada lencana sekolah SMK Sungai Besar yang saya kirimkan kepada beliau. Lihat blog beliau mengenai lencana yang diterimanya...
Pertama kali berhubung dengan Abdul Aziz apabila beliau menulis pesanan dalam peti msg "u2u" saya dan langsung ke blog beliau http://kelahjeffgmcom.blogspot.com/

Berikut sebahagian petikan dari blog beliau mengenai hobinya...
Untuk pengetahuan anda semua , sekarang ini saya sedang berusaha mengumpul lencana sekolah khususnya dari jenis kain dari seluruh MALAYSIA dan saya memerlukan sokongan serta bantuan dari anda semua untuk membantu saya. Saya berharap agar blog saya ini menjadi pusat sehenti untuk anda semua melihat keunikan dan kepelbagaian corak lencana sekolah di negara kita .

Disamping itu juga bagi yang berminat boleh bertukar-tukar lencana sekolah dengan saya.Jika anda ingin menyumbangkan lencana sekolah kepada saya, sila alamatkan ke:

ABDUL AZIZ BIN A.HAMID,
A1-05-15, JALAN TKK 2/5,
TAMAN PUNCAK KINRARA,
47100 PUCHONG,
SELANGOR DARUL EHSAN
MALAYSIA

No comments: